Thursday, November 28, 2013

Tahniah Kepada PPP dan Jururawat Sarawak Special Cohort 2010-2012

Tahniah kepada semua PPP dan Jururawat SSC 13, MAHSA Kuching Sarawak yang telah naik pangkat U42/U41. Tahniah juga kepada mereka yang telah dipanggil untuk temuduga baru-baru ini bagi jawatan PPPU41/Pengajar U41, semoga kalian berjaya menjawat jawatan tersebut.

Wednesday, March 24, 2010

SELAMAT DATANG KE COHORT 13 (MAHSA UC) KUCHING

kemaskini - 2.01am 29/11/2013

Kolej Universiti MAHSA dan Northumbria Universiti telah mengadakan program berkembar B.sc (hons) Nursing Practice Development julung kalinya khas untuk kakitangan Kesihatan daripada Sarawak dan Sabah.

Program ini dibuka kepada Penolong Pegawai Perubatan dan juga Jururawat Terlatih yang bertugas di kedua-dua buah negeri tersebut. Seramai 127 orang PPP &  JT dari pelbagai gred telah mengikuti program ini.

Blok pertama bermula ada 18.03.2010 sehingga 25.03.2010 bertempat di Merdeka Palace, Kuching.

Blok kedua dijadualkan pada 17.07.2010 - 27.07.2010.

Blok ketiga pula pada 22.11.2010 - 30.11.2010.

Manakala blok keempat pula dijadualkan pada 11.4.2011 - 19.04.2011.

Tempoh masa pengajian adalah 2 tahun (Mac 2010 - Mac 2012).

Program ini adalah (top up degree) yang mengambil kira pengalaman bertugas sebagai kelayakan kemasukan disamping diploma PP & Kejururawatan sedia ada yang dipegang.

Bagi menampung yuran pengajian pelbagai cara boleh digunakan. Bagi PPP mereka boleh membuat pinjaman daripada MAHSA Fund. Bagi JT yang berkelayakan pula, pinjaman PTPTN boleh mereka perolehi.

Kuliah dikendalikan oleh pensyarah daripada Northumbria Universiti dan juga pensyarah Kolej Universiti MAHSA yang mana bahasa pembelajaran dan pengajaran sepenuhnya dilakukan dalam Bahasa Inggeris.

Setiap pelajar diberikan ID & password untuk mereka mengakses maklumat rujukan daripada University of Northumbria. Ini memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran secara maya di samping proses pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka yang dibuat sekali setiap blok.

Bantuan lain adalah melalui emel & skype yang mana para pelajar boleh berbincang 'bersemuka' walaupun tidak duduk semeja.

Semoga ruang ini digunakan sepenuhnya oleh 127 pelajar special cohort kuching demi memastikan semua kita mendapat first class degree pada akhir pengajian nanti. Sama-sama membantu demi kejayaaan special cohort.

Terima Kasih.

Blog Master.